Tuesday, 12 July 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Kacang Panjang Goreng & Ikan Pari Bakar @Raso Omakden, Setapak

Pagi tadi kami ke Ekspo Kerjaya di Kuala Lumpur Convention Centre. Fikir punya fikir nak makan tengahari kat mana,kami buat keputusan untuk makan di Kedai Makan Raso Omakden di Setapak. Dengar nama kedai je pun dah boleh agak la kan menu utama kat kedai ni. Tentunya masak lomak cili api.hehe Pelanggan kedai di sini memang ramai. Tapi jangan risau sebab banyak meja disediakan.



Antara masak lemak cili api yang ada ialah masak lemak cili api ikan keli salai, daging salai, jering, pucuk paku, siput sedut, telur itik, ikan baung dan ayam. Lauk lain seperti ayam sambal, daging kicap, ayam kurma, keli goreng, asam pedas pari,sayur, ulam-ulaman dan macam-macam lagi. Oh ye, ikan bakar pun ada.




Pilihan kami untuk hari ni ialah masak lemak cili api daging salai, sayur kacang panjang goreng dan tak dilupakan ikan pari bakar. ;) Masak lemak daging salai ni memang lembut, tak liat seperti di sesetengah kedai. Tapi bagi saya yang menggemari makanan pedas, rasa pedasnye tak "kick" sangat la..hehe Bagi ikan bakar ni pula, licin sehingga menjilat tulang..;P

Harga kat kedai ni tak ada la mahal mana sesuai dengan kesedapan dan keunikan lauk-pauk kat sini. Cuma kedai ni tak ada air cond la. Bagi yang dah biasa makan kat kedai-kedai berair cond(KFC,Pizza Hut,etc.. ;p) tu kena la biasa-biasakan yer..hehe.


Lokasi kejadian mengikut Garmin GPS adalah N 03° 12.875’ E 101° 43.328’. Kalau ikut Google maps Malaysia boleh refer gambar kat bawah ni. Map mini kat bawah tu dah zoom untuk lokasi kedai Raso Omakden ni. Betul-betul sebelah Surau Al-Amin dekat Taman Setapak Indah.



 (sourced by: pencinta-makanan.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment